SUNGAI PETANI: Polis Kedah menahan empat individu kerana disyaki terbabit menjalankan kegiatan perjudian atas talian dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di daerah Kuala Muda, pada Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner G Suresh berkata, serbuan Op Dadu dilakukan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah bermula jam 11 malam.
“Ketika serbuan empat lelaki itu sedang mengendalikan pertaruhan di dalam sebuah bilik di rumah terbabit.
"Modus operandi sindiket ini adalah dengan mempromosi dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian dengan menggunakan laman web.
"Sindiket ini dipercayai beroperasi di daerah Kuala Muda sejak setahun lalu dan telah mengaut keuntungan sebanyak RM700,000 hingga RM900,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, polis turut merampas enam buah telefon bimbit pelbagai jenama, tiga set komputer meja, sebuah komputer riba, satu unit modem dan wang tunai RM170.
Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20-an hingga 30-an.
Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan Seksyen 4(1) (c) ARJT 1953, yang memperuntukkan hukuman denda sebanyak RM5,000 hingga RM50,000 dan penjara maksimum tiga tahun jika sabit kesalahan.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jul 11 2021
Polis Kedah menahan empat individu kerana disyaki terbabit menjalankan kegiatan perjudian atas talian dalam serbuan di tiga lokasi berasingan di daerah Kuala Muda, pada Sabtu. - Foto ihsan PDRM
Tidak layak beraksi di UCL, Ten Hag dan pemain berdepan potongan gaji
Rancangan Man United untuk mengurangkan gaji pemain boleh menghalang peluang mereka untuk mengekalkan kapten pasukan Bruno Fernandes.
Sembunyi bawah katil elak ditahan Imigresen
Wanita itu antara 23 warga asing yang diberkas dalam operasi oleh Imigresen Perak bermula 11.50 malam hingga 2.30 pagi tadi.
Lima cedera, nahas empat kenderaan di LPT1
Kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Saga, Honda City, Perodua Alza dan sebuah motosikal.
Alamak! Arsenal kempunan lagi!
Arsenal di bawah kendalian Mikel Arteta telah beraksi cemerlang sepanjang musim tetapi terpaksa menelan hempedu di penghujung jalan.
[LAPOR LANGSUNG] Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter
Dron berkenaan mengesan satu kawasan di Wilayah Azerbaijan Timur yang mengeluarkan haba.
Niaga AWANI: Perspektif Pelaburan: Dari angka KDNK ke angka pasaran
Lanskap ekonomi Malaysia dalam suku pertama tahun 2024 telah ditandai dengan prestasi yang kukuh, melebihi jangkaan dengan pertumbuhan ekonomi sebanyak 4.2%. Bagaimana data ekonomi ini dapat diterjemahkan dan digunakan dalam pasaran modal?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Data & Statistik: 4.2% KDNK suku pertama 2024, melebihi sasaran
Bank Negara Malaysia memaklumkan, semua sektor ekonomi berkembang positif dengan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia disumbang terutamanya oleh sektor perkhidmatan (59.3%), pembuatan (23.1%) dan pembinaan (3.9%).
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Hala tuju baharu tiga agensi Bumiputera kementerian ekonomi
Tiga agensi mandat Bumiputera di bawah Kementerian Ekonomi iaitu Yayasan Peneraju, TERAJU dan Ekuinas akan mengumumkan program-program khusus yang dibuka kepada bakat-bakat niagawan Bumiputera untuk mencapai anjakan sekali gus menskalakan agenda penciptaan nilai Bumiputera ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Dron Turki mungkin kesan tapak nahas helikopter, 73 pasukan SAR dikerah
Persatuan Bulan Sabit Merah Iran memaklumkan, tapak nahas berkenaan dikesan dron milik Turki.
Niaga AWANI: Sentimen pengguna lemah, reformasi ekonomi perlu lebih strategik?
Apakah impikasi jangka panjang sekiranya sentimen atau keyakinan pengguna terus melemah dan apakah langkah reformasi yang perlu dilakukan? Kupasan bersama Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Polis buru lelaki edar kad judi dalam talian, pinjaman wang tanpa lesen di bazar Ramadan
Kegiatan tersebut tular menerusi rakaman yang dibuat di media sosial oleh salah seorang peniaga di bazar tersebut.
61 individu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan urus rumah judi
Seramai 61 individu dituduh membantu menguruskan sebuah premis di pusat beli-belah di Subang Jaya sebagai rumah judi terbuka.
Enam mengaku tidak bersalah promosi judi dalam talian
Mereka didakwa mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pusat panggilan judi dalam talian dibongkar, polis tahan empat warga Nepal
Polis Pulau Pinang membongkar kegiatan judi dalam talian di sebuah pusat panggilan yang mengaut keuntungan RM15,000 hingga RM20,000 sebulan.
Judi dalam talian: 14 rakyat China, tiga lelaki tempatan ditahan - KP Imigresen
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket perjudian dalam talian dengan menahan 17 individu di sebuah premis di Jalan Kerinchi, Bangsar, di sini, semalam.
Sindiket judi jana pendapatan RM3 juta sebulan didalangi warga China tumpas
14 lelaki dan seorang wanita ditahan dalam serbuan itu, dengan sembilan daripada lelaki berkenaan adalah rakyat China, termasuk ketua sindiket.
Indonesia sekat akses ke lebih 800,000 item kandungan perjudian dalam talian
Pencapaian itu adalah hasil tindakan menyekat kandungan perjudian dalam talian yang telah dijalankan Kominfo sejak lima tahun lalu.
Op Dadu Khas: 1,871 individu ditahan seluruh negara
Seramai 1,871 individu ditahan dalam Op Dadu Khas bertujuan membanteras judi dalam talian dan loteri awam tanpa lesen yang dijalankan di seluruh negara pada 22 Sept hingga 5 Okt lepas.
Raih RM13 juta, sindiket judi dalam talian tumpas, tujuh ditahan
Serbuan yang dilakukan pada 1 tengah hari oleh sepasukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.
153 individu ditahan terlibat judi dalam talian
Sebanyak 153 individu ditahan dalam 136 serbuan menerusi Op Dadu Khas terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian dan loteri awam di Johor bemrula Jumaat lepas hingga semalam.